Rabu, 6 November 2013

Lata Lembik, Raub Pahang


Lata Lembik adalah salah satu tempat riadah bertemakan air terjun yang terdapat di daerah Raub.
Jaraknya 45.5km dari bandar Raub merupakan tempat berkelah yang amat menarik.
Kawasan yang dahulunya sepi, kini telah dihidupkan dengan aktivity sampingan selain berkelah.

Terdapat aktivity bersampan menuruni air terjun bagi mereka yang ingin merasa keseronokan dilambung air.



Pelbagai lagi aktivity lasak yang boleh dilakukan. Hanya perlu menyewa peralatan tersebut di kaunter yang terdapat disitu. Segala permintaan atau pertanyaan akan dilayan dengan baik oleh kakitangan yang ada disitu.




Bagi mereka yang ingin bermalam disini, terdapat chalet disediakan dan juga khemah untuk yang sukakan cabaran. BBQ juga boleh dilakukan dengan menyewa peralatan untuk membakar. Sekiranya ingin dengan cara simple, anda boleh membakar dengan membuat ungun api sendiri.







Jangan lepaskan peluang untuk membawa keluarga anda beriadah didalam hutan semula jadi yang cantik serta kemudahan yang lengkap.