Apakah dia Nadir Bumi?
Ianya adalah mineral
atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan
asas untuk pembuatan barangan. Ia terdiri dari 17 unsur - unsur kimia termasuk
unsur semulajadi yang membebaskan radiasi
Kereta Hybrid yang
dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses
pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu
kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo
Lanthanum.
Antara elemen atau
jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium –
Bateri Nuklear
Scandium –
Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium -
Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang
mikro
Lanthanum –
Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa
kamera
Cerium – Agen
Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium –
Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan
kacamata keselamatan
Thulium –
Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium –
Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium –
Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium –
Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen
MRI
Neodymium –
Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor
seramik
Gambaran yang cuba
ditanam kepada rakyat Malaysia ialah betapa mudaratnya nadir bumi ini
sehinggakan Australia tidak mahu memprosesnya dan Gebeng dijadikan pusat
pembuangan sisa toksik yang mengandungi radiasi.
Tetapi perlu
ditekankan juga bahawa Amerika Syarikat (AS), iaitu sebuah negara yang mempunyai
perundangan perlindungan alam sekitar yang lebih ketat daripada Australia telah
memperkenalkan satu rang undang-undang untuk memulihkan industri pemprosesan
nadir bumi. Ini kerana pada satu ketika dahulu (1965-2000), AS adalah pengeluar
terbesar elemen nadir bumi melalui lombong Mountain Pass,
California.
Tetapi dengan
kehadiran China memproses nadir bumi pada awal tahun 2000, ia telah memaksa
lombong Mountain Pass ditutup kerana China mampu memproses bahan tersebut dengan
menggunakan kos yang lebih rendah. AS akur keputusan memberhentikan operasi
Mountain Pass telah mengakibatkan China mengawal lebih daripada 96 peratus
pengeluaran nadir bumi pada hari ini.
Oleh kerana elemen
nadir bumi banyak digunakan dalam komponen peralatan termaju seperti bateri
kereta hibrid, peranti komunikasi seperti ipad dan peluru berpandu pintar maka
nadir bumi dianggap sebagai bahan komoditi strategik. China sebenarnya telah
banyak kali menggunakan nadir bumi sebagai ugutan dengan menyekat bekalan bahan
tersebut kepada negara yang bertelagah dengan Beijing.
Besar kemungkinan
kilang memproses nadir bumi Mountain Pass akan mula beroperasi pada 2012 dan
seperti mana kilang Lynas di Gebeng, langkah pencegahan dan keselamatan telah
disusun untuk memastikan kemudaratan sisa nadir bumi tersebut dapat dikawal.
Sebenarnya telah berlaku kebocoran sisa kilang Mountain Pass pada 1998 dan
banyak pengajaran telah dipelajari supaya kesilapan serupa tidak berulang pada
hari ini.
Jika hendak dihalang
semua teknologi yang mengeluarkan sisa radioaktif, maka secara logiknya
penggunaan kuasa nuklear untuk meraih elektrik juga perlu disekat. AS telah
belajar daripada kesilapan memberhentikan pembinaan loji nuklear akibat
peristiwa kebocoran loji Three Mile Islands pada 1979 kerana hari ini AS jauh
ketinggalan dalam hal ini. Pada ketika ini hanya 20 peratus kuasa elektrik AS
dihasilkan melalui tenaga nuklear berbanding dengan Perancis sebanyak 80
peratus. Begitu juga dengan penutupan kilang Mountain Pass sebenarnya lebih
banyak memberi kemudaratan kepada AS yang mahu menjana kuasa yang lebih mesra
alam.
Agak begitu ironis
kerana sebahagian besar aktivis yang membantah adalah pihak yang sama
memperjuangkan kempen menyelamatkan bumi, sedangkan komponen nadir bumi adalah
kritikal untuk peranti mesra alam. Begitu aneh jika ada yang menggunakan peranti
ipad untuk menyalurkan maklumat bantahan pembinaan kilang Gebeng, sedangkan
nadir bumi yang akan diproses banyak digunakan dalam ipad
tersebut.